'Ini persembahan terakhir'- mesej anak AR Badul



SEORANG pegawai tentera Grup Gerak Khas meninggal dunia dipercayai tertembak.

Pegawai itu, Mejar Mohd Zahir Armaya sebelumnya membuat aksi gimik sempena  pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Difahamkan, mangsa adalah anak pelakon popular, AR Badul.

Ketika kejadian, mangsa yang memakai topeng dan baju kalis peluru melakukan tembakan pertama ke arah rakannya sebelum menerima tembakan dari jarak dekat.

Allahyarham Berkhidmat di 11 Rejimen Gerak Khas
Bagaimanapun, ketika ditembak, mangsa dilihat terjatuh sebelum beberapa anggota tentera menariknya ke tepi untuk diberikan bantuan kecemasan.

Mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Sementara itu, Isteri Mohd Zahir, Nour Shafinar Harun, 31, dipetik media berkata, suaminya sempat menghantar mesej sebelum memulakan gimik.

Mesej itu memberitahu bahawa pertunjukan tersebut adalah pertujukan terakhirnya.


BACA: Jenazah Mejar Mohd Zahir disambut ribuan orang

BACA: Mengidam ikan sembilang, Zahir hantar foto terakhir untuk isteri


Menurut Nour Shafinar, beliau difahamkan tembakan dilepaskan tersasar sedikit lalu melepasi baju kalis peluru dipakai Mohd Zahir.

Allahyarham meninggalkan tiga cahaya mata dan seorang isteri.




Allahyarham Mejar Mohd Zahir merupakan pegawai kanan tentera 11 Rejimen Gerak Khas, Kem Sungai Udang, Melaka.

Jenazah dijadualkan akan disembahyangkan di masjid Kem Wardieburn, Setapak sebaik tiba dari Kota Kinabalu. Ia akan dikebumikan di Ipoh, Perak berdekatan rumah keluarga isterinya.
 
BACA: Hujan renyai iringi perjalanan terakhir Mejar Mohd Zahir

AR Badul atau Armaya Aman Ramlie, 70, berkata, apa yang berlaku sangat menyedihkan, namun reda dan terima ujian yang diberikan itu.

AR Badul redha dengan ujian | Gambar Malaysiakini
AA AR Badul atau Armaya Aman Ramlie, 70, berkata, apa yang berlaku sangat menyedihkan, namun reda dan terima ujian yang diberikan itu.

Difahamkan, seorang anggota tentera berusia 37 tahun sudah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes itu diklasifikasi Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Post a Comment

0 Comments