Novel Harry Porter kandungi mantera sebenar?


SEBUAH sekolah di Nashville dinasihatkan mengharamkan buku novel kanak-kanak popular, Harry Potter

Gesaan itu dibuat seorang paderi kerana dikhuatiri jampi serapah dalam buku itu boleh digunakan untuk menyeru hantu.

Dan Reehil di Sekolah Katolik St Edward mendakwa buku-buku tersebut mengandungi jampi dan serapah sebenar, jesteru perlu dikeluarkan segera dari perpustakaan sekolah.
Novel pertama siri Harry Porter

“Sumpahan yang digunakan dalam buku itu adalah sumpahan sebenar. Jika digunakan oleh manusia, ia dikhuatiri boleh menyeru hantu sebelum dijelmakan dalam diri orang yang membacanya,” kata Reehil.

Siri Harry Potter yang dihasilkan oleh penulis Britain, JK Rowling sebelum ini beberapa kali diharamkan di beberapa sekolah di seluruh AS dan Britain kerana didakwa mempromosikan nilai berunsur syaitan dan ilmu hitam.

Sebagai rekod, Harry Porter mengisahkan mengenai seorang remaja lelaki yang mengetahui bahawa kedua ibu bapanya adalah ahli sihir pada ulang tahunnya ke-11.

Dia kemudian dihantar untuk bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts. Di sana dia bertemu dengan dua orang pelajar yang kemudian menjadi rakan karibnya, Hermione Granger dan Ron Weasley.

Dari situ, kehidupan Harry Potter sebagai murid sekolah sihir tersebut diceritakan sepanjang tujuh buku, yang masing-masing mencakup masa waktu satu tahun.

Hingga kini sudah ada tujuh buku yang diterbitkan. Buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince diterbitkan pada 16 Julai 2005. Dijadualkan kisah Harry akan berakhir pada jilid ke-7 iaitu Harry Potter and The Deathly Hallows yang diterbitkan pada tahun 2007.

Siri ini juga telah dibawa ke layar filem oleh Warner Bros. Sehingga kini, semua buku telah berjaya difilemkan dan ditayangkan kepada awam.

Post a Comment

0 Comments