Dikejar ke hospital, Yazit Search kini stabil


PEMAIN drum terkenal, Yazit Ahmad dilaporkan menunjukkan perkembangan positif setelah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam selepas mengadu sesak nafas.

Menurut pemain bass XPDC, Zuar, Yazit telah dikeluarkan dari zon merah selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital.

Beliau turut memberikan respon baik ketika dilawat petang semalam.

“Yazit sempat buka mata ketika saya sampai ... nampak dia sedar kehadiran saya. Walaupun dia tidak bercakap, saya bersyukur bila nampak dia sedar," kata Zuar dipetik laporan Astro.

Yazit dilaporkan dibawa ke hospital awal pagi Selasa selepas mengadu sesak nafas selepas menunaikan solat Subuh di sebuah masjid berhampiran kediaman beliau.

Anaknya, Sheeqa berkata, doktor mengesahkan Yazit menghidap jangkitan paru-paru dan terpaksa merehatkannya.  

"Doktor sudah buat pemeriksaan dan mendapati ada jangkitan pada paru-paru. Ayah tidak koma namun doktor terpaksa merehatkannya buat masa ini,"katanya.

Yazit yang disahkan mengidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu berada dalam keadaan stabil da tidak membimbangkan.

Sebelum ini Yazit, pemain drum untuk Search diberi pengiktirafan sebagai Ikon Seniman Setiawangsa oleh Ahli Parlimen Setiawangsa pada awal Ogos lalu.

Pengiktirafan itu sebagai menghargai sumbangan Yazit kepada industri seni tanah air.

Post a Comment

0 Comments