Fitnah Khalid pro LGBT: 'Muslimah' mohon maaf


BEKAS
pemimpin Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin akhirnya membuat permohonan maaf kerana memfitnah Khalid Abdul Samad.

Permohonan maaf itu dibuat Wan Asshima, 35, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  selepas mendapat persetujuan daripada Khalid Samad yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

"Saya juga ingin memohon maaf kerana telah mempersoalkan, mencabar dan menuduh YB Khalid Samad dan keluarganya untuk membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan gaya hidup LGBT.

"Saya faham kenyataan tersebut adalah palsu dan fitnah, mempunyai implikasi negatif dan dengan ini sepenuh hati memohon maaf YB Khalid dan keluarganya, "katanya dalam satu kenyataan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.

BACA:
Baju komunis: Azwanddin minta maaf pada Senator DAP

Pada 13 September tahun lepas, Khalid, 65, memfailkan saman terhadap Wan Asshima, selepas mendakwa defendan itu memuat naik video yang memfitnah dirinya pada Ogos tahun sama.

Laporan polis yang dibuat terhadap Wan Asshima.
Menurut tuntutan saman itu, Wan Asshima, yang menyertai PAS sejak 2017 telah memfitnah Khalid sebagai mengiktiraf dan mengiyakan kedudukan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia apabila meluluskan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur.

Khalid  turut difitnah atas kapasiti menteri sebagai telah mencabuli hak asasi umat Islam, mencabuli undang-undang yang termaktub dalam al-Quran dan sunah serta menghina kedudukan agama Islam.

Menurut tuntutan saman itu lagi, Wan Asshima didakwa sengaja dengan niat jahat mendorong orang ramai khususnya umat Islam membenci Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara itu.

Sementara itu, Hakim Nik Hasmat ketika prosiding tersebut sempat menegur Wan Asshima yang juga Presiden
Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM).
Tegasnya seseorang perlu bertanggungjawab dengan kenyataan yang dimuat naik dengan tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang memusnahkan tanpa memeriksa sumbernya.

Post a Comment

0 Comments