KEBELAKANGAN ini, terlalu banyak maklumat tidak benar disebarkan melalui laman sosial. Ada pihak dilihat sengaja mengambil kesempatan yang bertujuan mengapi-api isu perkauman.
Sebagai warganet yang bertanggungjawab kita seharusnya mengambil sikap berhati-hati dengan tidak sewenangnya menyebar fitnah disebarkan supaya kita tidak terperangkap.
Awal minggu ni, pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd. (Econsave) membuat laporan polis terhadap beberapa akaun Facebook. Mereka dipercayai menyebarkan fitnah dengan mendakwa pasar raya itu tidak menjual produk-produk Muslim dan Bumiputera.
Seorang pengguna laman sosial menarik balik tuduhan |
Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam, berkata pihaknya mengambil serius tuduhan fitnah terhadap Econsave di Facebook tersebut, mereka menegaskan dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas.
"Econsave merupakan salah satu pasar raya yang banyak menjual produk-produk Bumiputera dan Muslim seperti kicap Tamin, kicap Adabi, kicap Kipas Udang, produk Faiza, kicap Enaq, Minyak Saji dan banyak lagi produk-produk lain.
"Selain itu, pihak Econsave juga menyertai program sesi padanan perniagaan anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang memberi platform kepada usahawan-usahawan bertemu dengan pasar raya-pasar raya besar dan peruncitan untuk memasarkan produk mereka," katanya dipetik.
Pihaknya turut memberi tempoh 48 jam kepada kedua-dua akaun Facebook itu untuk menarik balik dakwaan itu serta memohon maaf atas maklumat palsu yang ditularkan mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Polis Mohd Taib Ahmad yang dipetik Kosmo mngesahkan ada menerima laporan polis mengenai perkara tersebut.
Tambahnya kes itu kini ke pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
0 Comments