MTUC bimbang agihan Penjana tak telus


PAKEJ
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) diumumkan Muhyiddin Yassin baru-baru ini dianggap bukan penyelesaiaan kepada masalah ekonomi dihadapi golongan pekerja.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon berkata, walaupun pakej bantuan itu dilihat membantu syarikat, namun mereka bimbang ia tidak memberi manfaat diharapkan kepada golongan pekerja.

"Kebimbangan MTUC sama dengan pakej ransangan yang diumumkan sebelum ini, bahawa Penjana tidak akan menepati janji-janjinya untuk memastikan pekerja dilindungi.

"Ribuan telah diberhentikan walaupun majikan mendapat faedah besar daripada bantuan kerajaan seperti pinjaman yuran, geran langsung dan subsidi upah," tegasnya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, menurut Solomon, kebimbangan terbesar MTUC ialah berhubung isu ketelusan pengagihan pakej tersebut yang dilihat tidak memuaskan seperti dalam pakej rangsangan Prihatin bernilai RM250 bilion sebelum ini dan ia berlaku walaupun diberi tekanan oleh masyarakat umum.

MTUC membangkitkan persoalan apakah pelan yang bakal diguna pakai pentadbiran Muhyiddin untuk memastikan syarikat yang mendapat faedah Penjana akan membantu pekerja dengan betul.

“Kerajaan idak mendedahkan sebarang maklumat mengenai rancangannya, sekiranya ada, untuk memastikan majikan yang mendapat faedah daripada Penjana bertahan dan memastikan pekerja dikekalkan dan subsidi untuk pekerja diberikan kepada mereka, bukan ke tempat lain.

"Kami juga maklum bahawa Penjana akan melibatkan pengeluaran tambahan sebanyak RM5 bilion dari dana Perkeso.

"Tidak perlu dikatakan, semua ini akan memberi impak besar kepada Perkeso dan yang lebih penting lagi, turut memberi kesan jangka panjang dan pertengahan keupayaan untuk menyediakan jaring keselamatan sosial untuk pekerja," tegasnya kesatuan membela nasib golongan pekerja itu lagi.
 

Post a Comment

0 Comments