SETAKAT tengahari tadi, Malaysia mencatatkan 19 kes Covid-19 baru berkaitan koronavirus (Covid-19).
Dengan perkembangan itu, ia menjadikan jumlah kes terkumpul yang dicatatkan di negara ini setakat hari ini adalah sebanyak 8,322 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang medianya siang tadi berkata, jumlah kes baru itu terdiri daripada enam kes import dan 13 jangkitan tempatan.
Daripada 13 kes jangkitan tempatan, dua kes melibatkan warga asing, dan 11 melibatkan warga tempatan. Kesemua mereka sudah diasingkan dan kini sedang menerima rawatan.
Dalam perkembangan serupa, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 39 lagi pulih dari jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 6,674 atau 80.2 peratus daripada keseluruhan kes.
Ketika ini jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah sebanyak 1,531.
Lima pesakit kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
0 Comments