Kakitangan dan tahanan Penjara Sungai Buloh bakal disaring


SEJUMLAH 700 kakitangan dan 800 tahanan di Penjara Sungai Buloh  akan menjalani ujian saringan Covid-19 selepas seorang banduan di sana disahkan positif wabak itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tahanan itu merupakan rakyat Kanada berketurunan Sri Lanka berusia 60 tahun ditahan di penjara itu sejak 2016.

Katanya lagi, banduan itu sebelum ini telah menjalani saringan Covid-19 sebelum  dipindah ke pusat tahanan Imigresen di Semenyih.

"Sekarang kita mencari kontak rapat banduan tersebut dan juga akan saring mereka jika terdedah kepada banduan.

“Sepanjang berada di penjara Sungai Buloh, individu terbabit ditempatkan di blok Berkat (800 penghuni) dan berada di sel tahanan dengan 8 hingga 10 individu lain,” katanya.

"Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak akan buat saringan bukan sahaja kepada kontak rapat, tetapi kepada 700 pegawai dan 800 banduan di penjara itu," katanya.

Post a Comment

0 Comments