ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) mencadangkan agar kerajaan segera melaksana dasar jaminan pekerjaan untuk penganggur, susulan peningkatan kadar kehilangan pekerjaan yang tinggi akibat Covid-19.
Gesaan itu disuarakan Pengarah Komunikasi AMK, Lee Chean Chung sambil menegaskan bahawa jaminan pekerjaan itu perlu bagi memastikan penganggur mempunyai pendapatan minimum untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka, ketika negara masih berdepan penularan Covid-19.
“Kerajaan Perikatan Nasional perlu beri pertimbangan untuk pelaksanaan dasar jaminan pekerjaan kepada penganggur dengan menawarkan kerja sementara atau berdasarkan gaji masa untuk bekerja di sektor awam, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan badan bukan bersifat keuntungan,” kata ADUN Semambu itu dalam kenyataan.
Lee turut memetik statistik Jabatan Perangkaan yang menganggarkan lebih 741,600 rakyat Malaysia menganggur selain kadar pengangguran yang meningkat kepada 4.7% Ogos lalu berbanding 3.3% pada tahun lalu.
Tegas beliau, jika kadar itu tidak dapat diatasi, ia dibimbangi akan menyebabkan lebih ramai individu dan keluarga akan berdepan krisis kewangan.
“Kami juga menyaksikan banyak perniagaan yang terpaksa menamatkan perniagaan mereka kerana tiada keuntungan yang dicapai, di mana ia menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran.” tambahnya.
Gesaan itu disuarakan Pengarah Komunikasi AMK, Lee Chean Chung sambil menegaskan bahawa jaminan pekerjaan itu perlu bagi memastikan penganggur mempunyai pendapatan minimum untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka, ketika negara masih berdepan penularan Covid-19.
“Kerajaan Perikatan Nasional perlu beri pertimbangan untuk pelaksanaan dasar jaminan pekerjaan kepada penganggur dengan menawarkan kerja sementara atau berdasarkan gaji masa untuk bekerja di sektor awam, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan badan bukan bersifat keuntungan,” kata ADUN Semambu itu dalam kenyataan.
Lee turut memetik statistik Jabatan Perangkaan yang menganggarkan lebih 741,600 rakyat Malaysia menganggur selain kadar pengangguran yang meningkat kepada 4.7% Ogos lalu berbanding 3.3% pada tahun lalu.
Bimbang kadar pengangguran makin meningkat |

0 Comments