FOUM gesa jangan tebang balak di Hutan Ulu Muda


KERAJAAN
Negeri Kedah digesa mengutamakan pemuliharaan dan perlindungan hutan di kawasan Hutan Ulu Muda.

Badan bukan kerajaan, Friends of Ulu Muda (FOUM) dalam satu kenyataan menegaskan  pengumuman kerajaan negeri dipimpin Perikatan Nasional (PN) yang mengambarkan hasrat memulakan semula aktiviti pembalakan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

FOUM berharap aktiviti pembalakan tidak akan dimulakan semula di kawasan Hutan Ulu Muda seluas 160,000 hektar yang merupakan kawasan sumber air penduduk untuk tiga negeri utara semenanjung itu.

"Hutan Ulu Muda mempunyai nilai yang jauh lebih besar daripada RM1.5 bilion dari segi sosioekonomi. Ia perlu dipelihara kerana hutan itu merupakan identiti dan warisan Kedah serta wilayah sekitarnya.

"Hutan merupakan kunci kemakmuran wilayah utara Semenanjung Malaysia kerana ia membekalkan air untuk sektor pertanian, perindustrian, pelancongan dan pengguna.

"Sebagai contoh, Empangan Muda, Pedu dan Ahning mengawal bekalan air minum untuk 4.2 juta orang dan menyokong aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan tahunan yang dianggarkan sebanyak RM150.5 bilion kepada Kedah, Perlis dan Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media tadi.

Sementara itu, FOUM turut menegaskan bahawa sumber air dari kawasan hutan itu penting sebagai sumber air untuk penanaman padi.

Jesteru apa-apa aktiviti yang memusnahkan hutan Ulu Muda boleh menjejaskan pengeluaran padi dan menjejaskan pendapatan 48,500 petani.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan negeri berdepan tuntutan ganti rugi RM1.5 bilion daripada 40 syarikat pembalakan yang diberikan hak membalak di Hutan Simpan Ulu Muda selepas konsesi mereka dibatalkan kerajaan terdahulu.

Susulan itu beberapa pertubuhan alam sekitar menyuarakan kebimbangan ia akan menjejaskan kawasan tadahan air tersebut.

BACA:
Peka kritik rancangan kebelakang K'jaan PN Kedah 

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mentadbir negeri itu sebelum ini menghalang semua aktiviti pembalakan di Kedah bagi melindungi sumber air serta kelestarian hutan di negeri itu. 


Sebelum ini, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menyuarakan kembimbangan sekiranya kerajaan negeri pimpinan PN itu membuka kembali aktiviti pembalakan di kedah, ia akan menyebabkan masalah banjir yang memjejaskan penduduk.
 

Post a Comment

0 Comments