Penyair Salleh Ben Joned meninggal dunia


PENULIS  dan penyair Salleh Ben Joned dilapor meninggal dunia akibat kegagalan jantung.

Salleh yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Subang Jaya, pada 1.21 pagi tadi, menurut laporan Awani.

Sumber keluarganya berkata, arwah Salleh mengalami kesukaran bernafas ketika berada di rumahnya sebelum dibawakan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.

Jenazah Salleh disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Subang Jaya pada pukul 10 pagi.

Hanya keluarga dan saudara dekat sahaja dibenarkan untuk menyertai proses pengebumian. susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB.

Salleh, juga pernah berlakon filem, adalah seorang yang berani dan seringkali dilabel sebagai 'bad boy' sastera Malaysia oleh ramai pihak.

Menurut laporan City News Australia, Allahyarham pernah menjadi Pensyarah Bahasa Inggeris dengan fokus kepada Shakespeare penulis skrip dan kolumnis untuk New Straits Times.

Selain banyak mengutarakan isu semasa rakyat dalam syairnya, Allahyarham turut banyak mengkritik pantang larang mengenai bangsa, agama, seksualiti dan beberapa isu lagi.

Sementara itu Budayawan, Raja Ahmad Aminullah menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berani di zamannya.

"Pada saya dia menulis secara ikhlas dan jujur dari sudut pandangnya mengenai masyarakatnya. Dia merasai masyarakatnya perlu melalui perubahan dan pembaikan.

Allahyarham berusia 79 tahun


"Dan dia menganggap sebagai seniman inilah peranannya untuk memberi kritikan.

 
"Berpulangnya Almarhum Salleh pada hari Maulidur Rasul, semoga Allah  S.W.T melimpahkan barkah dan rahmahnya kepada roh Almarhum," katanya. 

Post a Comment

0 Comments