PENTADBIRAN Muhyiddin Yassin digesa memulakan proses konsultasi biparti dengan pembangkang tanpa berlengah lagi.
Gesaan itu disuarakan sayap Wanita Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) melalui ketuanya, Fuziah Salleh dalam satu kenyataan.
Melalui kenyataan tersebut, Fuziah menegaskan bahawa kerapuhan dan ketidakstabilan kerajaan pimpinan Muhyiddin mendorong kepada keperluan mendesak agar konsultasi biparti dimulakan demi mempertahankan prinsip semak dan imbang dan menyikapi semangat demokrasi sebagai tunjang institusi Parlimen.
“Ia wajar untuk Perdana Menteri memulakan proses konsultasi tersebut ketika ini dan memberikan ruang kepada semua ahli Parlimen untuk meneliti keseluruhan Belanjawan yang dicadangkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sebelum ini Muhyiddin telah digesa agar segera mengadakan rundingan antara parti bagi memastikan Belanjawan 2021 terutama dengan Ketua Pembangkang, DatuK Seri Anwar Ibrahim.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir dalam kenyataan sebelum ini menegaskan bahawa langkah itu perlu agar masalah yang melanda negara dapat diatasi.
BACA: Anwar gesa bincang belanjawan secara bipartisan
BACA: PM perlu hormat kedudukan Anwar, digesa datang bincang
Anwar dalam satu kenyataan baru-baru ini turut menyatakan kesediaan untuk Belanjawan yang dibentangkan pada November ini dibincangkan secara biparti supaya ia dapat merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak Covid-19, pengganguran dan juga masalah kemiskinan.
Selain itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berpandangan bahawa Belanjawan 2021 yang dicadangkan mesti lah menumpukan kepada kesejahteraan rakyat.
PM digesa tidak berlengah lagi |
“Wanita Keadilan juga bertegas bahawa Belanjawan yang akan dibentangkan mestilah inklusif, melindungi golongan rentan serta mengutamakan belanjawan yang responsif jantina, khususnya melihat kepada isu-isu sosial yang terkait dengan impak pandemik,” katanya lagi.
0 Comments