PM perlu hormat kedudukan Anwar, digesa datang bincang

 


MUHYIDDIN Yassin perlu menghormati kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selain mengadakan pertemuan bersama parti pembangkang bagi membincangkan isu berkenaan Belanjawan 2021.

Perkara itu dibangkitkan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bagi mengulas cara menangani kemelut politik termasuk dalam soal sokongan kepada Belanjawan yang akan dibentangkan Muhyiddin di Dewan Rakyat Jumaat depan.

“Muhyiddin (jatuh) atau tidak, itu kita patut letak ke tepi.

“Dia mesti hormat kedudukan ketua pembangkang di Parlimen (Anwar) … Saya mahu jelaskan yang kami akan sokong Belanjawan,” kata ahli parlimen Pulai itu.

Parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat kenyataan bahawa mereka bersedia 'memudahkan' pembentangan Belanjawan oleh Muhyiddin. kesediaan itu dinyatakan susulan titah  Seri Paduka Baginda Yang-dipertuan Agong yang menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.


Sebelum ini ada gesaan dari ahli akeadmik supaya Muhyiddin segera berbincang isu belanjawan bersama Anwar,  Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir menegaskan bahawa langkah itu perlu agar masalah yang melanda negara dapat diatasi.

Anwarpada semalam menyeru kerjasama kedua belah pihak antara kerajaan dan pembangkang bagi merangka Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan.

Muhyiddin digesa hormat kedudukan Anwar
Melalui satu kenyataan, Anwar berkata, kerjasama itu bagi merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak pandemik Covid-19 dan isu berkaitan rakyat terbanyak di negara ini.

"Bersabit dengan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan kelaka, ia harus menggembleng usaha dan peranan kedua-dua pihak (bipartisan) yakni kerajaan dan pembangkang dalam merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak Covid-19, pengganguran dan juga masalah kemiskinan," kata kenyataan itu.

Difahamkan Majlis presiden Pakatan Harapan (PH) dijangka mengadakan pertemuan  bagi membincangkan langkah gabungan pembangkang seterusnya dalam isu berkaitan belanjawan itu.
 

Post a Comment

0 Comments