Cari jalan selesai isu lonjakan tarif elektrik, tegas Anwar


KETUA
Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Tenaga Nasional berhad (TNB) mencari jalan penyelesaian sewajarnya berhubung lonjakan bil elektrik pengguna yang mengundang kritikan ramai.

Langkah itu tegasnya perlu bagi mengelakkan rakyat yang baru melalui krisis pendemik koronavirus (COvid-19) tidak terbeban.

"Harga bayaran elektrik bagi rakyat melonjak terlalu tinggi dan ini telah menimbulkan kemarahan. Ada yang hantar (adu) rumah (terima bil) RM3,666 dan ada dari Pahang menghantar notis kepada saya, sebulan biasanya RM280 tetapi sekarang RM700.

"TNB perlu cuba bandingan keadaan ekonomi sekarang disebabkan pandemik Covid-19 dengan kadar pengangguran di negara ini di mana pada bulan April sahaja sudah mencecah lima peratus atau 778,000 orang menganggur.

"Ambank Research menjangkakan keadaan pengangguran akan naik sehingga enam peratus sehingga penghujung tahun ini, sekali gus membuktikan krisis ekonomi adalah lebih parah daripada krisis ekonomi tahun 1997 dan 2008," katanya.

Sementara itu, Anwar turut menegaskan bahawa TNB wajar memberi penjelasan sewajarnya kepada pengguna.

Syarikat pembekal tenaga itu juga disarankan memberi lebih banyak masa kepada pengguna untuk membayar bil elektrik mereka dan tidak memutuskan bekalan sehingga pertikaian mengenai jumlah terhutang diselesaikan.

"Saya gesa TNB pertamanya lanjutkan tempoh pembayaran, jangan potong bekalan elektrik mengikut jadual, dan seterusnya kaji semula dengan maksud menurunkan kadar eletrik yang dikenakan," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments