KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan sebanyak 31 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini.
Kes-kes baru erdiri daripada 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 20 kes penularan tempatan.
Juga terdapat 1 kes melibatkan rakyat tempatan setelah tiada kes baru membabitkan warganegara dilaporkan untuk dua hari bertuyrut-turut.
“Daripada 20 kes penularan tempatan, 19 kes membabitkan bukan warganegara dan 1 kes penularan melibatkan warganegara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, 1 kes melibatkan warga tempatan itu adalah di merupakan kes di Selangor bagi saringan pusat tahfiz.
Dengan perkembangan terbaharu itu, Malaysia mencatatkan sebanyak 8,369 kes berkaitan wabak berkenaan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan 51 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,065 kes atau 84.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Beliau turut mengumumkan bahawa jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini adalah 1,186 kes.
“5 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi. Daripada jumlah tersebut, tiada yang memerlukan bantuan alat pernafasan.”
Sementara jumlah kematian kekal sebanyak 118 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes