Perkembangan wabak Covid-19 global


JUMLAH
kes positif koronavirus (COvid-19) di seluruh dunia kini meningkat kepada 7.5 juta kes berbanding 7.3 juta semalam.

Johns Hopkins University melalui data terbaharunya pagi tadi mencatatkan lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih dua juta kes.

Kes positif COVID-19 di Brazil pula terus menunjukkan trend peningkatan dengan jumlah kumulatif positif 772,000 kes.Rusia pula ketiga tertinggi dengan 501,000 kes.

Lima lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 adalah United Kingdom, India, Sepanyol, Itali dan Peru.

Perancis, Jerman, Iran, Turki, Chile, Mexico, Arab Saudi dan Pakistan pula berada dalam kelompok dengan kes jangkitan melebihi 100 ribu

Manakala data dari Johns Hopkins juga menyatakan angka kematian di peringkat global terus meningkat.

Jumlah kumulatif kematian di seluruh dunia kini mencecah telah lebih 420,000 kes.

Amerika terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 113,000 kes.

Sementara jumlah pesakit yang pulih dari kesemua kes dilaporkan kurang 50 peratus iaitu sebanyak 3,532,575 kes.

Post a Comment

0 Comments