M'sia tangguh hantar jemaah haji musim ini


MALAYSIA
menangguhkan penghantaran jemaah haji di Arab Saudi tahun ini, berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata penangguhan penghantaran bagi musim haji tahun ini mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini dan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

"Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 H ditangguhkan ke tahun depan.

"Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji ini," katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Menutut Dr Zulkifli,  keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020.

Ditanya mengenai jika ada penambahan kuota haji tahun depan berikutan penangguhan penghantaraan jemaah tahun ini, Zulkifli berkata, jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.

Post a Comment

0 Comments