DIANGGARKAN sebanyak 30,000 kes koronavirus (Covid-19) dikesan dalam kalangan tahanan dan pengawal Penjara di Amerika Syarikat (AS).
Kumpulan penyelidik universiti AS pada Rabu membuat anggaran itu melalui data yang dikumpulkan dari sumber rasmi Projek Behind Bars Covid-19 dari sekolah undang-undang UCLA yang dikumpulkan dari penjara persekutuan, negeri dan tempatan seluruh negara.
Menurut mereka, terdapat 21,007 kes Covid-19 yang disahkan dan 295 kematian daripada lebih 2 juta orang yang dipenjarakan di seluruh negara.
Manakala 8,754 kes dan 34 kematian dalam kalangan kakitangan penjara.
Pendedahan mengejutkan mengenai jumlah tahanan dan pengawal dijangkiti wabak itu dikeluarkan ketika kajian kerajaan berkata pengawal penjara dapat menangani penyebaran penyakit ini.
Tambah mereka, jangkitan di penjara di seluruh negara meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini walaupun jumlah harian mendatar.
Sebilangan besar lebih daripada 1,000 kemudahan atau unit pelaporan mengira sifar atau 1 jangkitan.
Tetapi di beberapa kawasan, terdapat ratusan kes: penjara di Marion, Ohio, terdapat 2,176 tahanan dan 175 kakitangan dilaporkan dijangkiti dengan 12 kematian.
Di penjara Ohio yang lain di Pickaway, 1,670 tahanan dan 101 kakitangan dijangkiti, dan terdapat 26 kematian.
Dan di penjara Trousdale, Tennessee, 1,285 tahanan dan 50 kakitangan positif Covid-19, dengan 1 kematian dicatatkan.
Menggunakan data yang diambil lebih awal dan kurang lengkap daripada data UCLA, kajian CDC menyatakan separuh daripada kemudahan penahanan melaporkan sekurang-kurangnya 1 kes Covid-19 disenaraikan dengan hanya kakitangan penjara yang dijangkiti.
“Kerana kakitangan bergerak antara kemudahan dan komuniti mereka setiap hari, mereka mungkin menjadi sumber penting pengenalan virus ke kemudahan tersebut,” kata kajian itu.
0 Comments