SEORANG pengiring elit yang didakwa rapat kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump disahkan positif dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).
Memetik laporan CNN, perkembangan itu membangkitkan kebimbangan sama ada Trump turut berkemungkinan dijangkiti oleh virus berkenaan.
Pengiring elit itu dikatakan anggota pengiring yang sentiasa bekerja rapat di sisi presiden dan keluarga Trump.
Setiausaha akhbar White House Hogan Gidley mengeluarkan kenyataan bahawa berita itu adalah benar.
“Kami telah diberitahu oleh unit perubatan White House bahawa seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang bertugas di White House telah diuji positif koronavirus," katanya dipetik.
Bagiamanpun setakat ini ujian terhadap presiden dan wakil presiden menunjukan keputusan negatif.
“Ujian telah dijalankan terhadap presiden dan wakil presiden dan setakat ini ia menunjukan keputusan negatif dan mereka dalam keadaan sihat," kata Gidley dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sumber White House juga memberitahu, beberapa kontak rapat dan petugas di kediaman rasmi presiden itu juga kini terpaksa menjalani ujian saringan.
Saringan itu turut dijalankan keatas Naib Presiden AS Mike Pence dan kakitangan kanan yang selalu berinteraksi dengan Trump.
0 Comments