Hubungan baik Johor dan Persekutuan makin utuh - Sultan Ibrahim

 



SULTAN JOHOR, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendedahkan hubungan antara negeri itu dengan Kerajaan Persekutuan kini bertambah baik.

Dipetik laporan The Star, Sultan Ibrahim dalam titahnya turut menyifatkan dibawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, hubungan kedua-dua kerajaan adalah lebih baik berbanding mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

“Kami (Sultan Johor dan Anwar) kerap bertukar pandangan, sama ada dalam mesyuarat atau melalui panggilan telefon.

"Berunding antara satu sama lain dan bertukar-tukar idea bagaimana kami boleh membangunkan negeri ini dengan lebih baik,” titah baginda menurut laporan tersebut.

Kerajaan terdahulu pernah dikritik Baginda termasuk dalam soal janji peruntukan yang tidak ditunaikan, Baginda menganggap negeri itu seolah-olah dianak tiri oleh pentadbiran ketika itu.

Namun dibawah pentadbiran Anwar jelasnya beliau merasa besar hati apabila beberapa cadangan oleh baginda diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Sultan Ibrahim menggesa kerajaan dipimpin Anwar untuk terus membersihkan sistem yang rosak.

Baginda turut mahu gejala rasuah yang dianggap baginda sebagai 'barah' disingkirkan segera.

Sultan Ibrahim zahir rasa sukacita
"Ubah. Bersihkan seluruh sistem dan bersihkan yang rasuah, tidak kira siapa mereka. Tidak kira mereka mencecah 100 (tahun) atau tidak mencapai 100. Tiada alasan.

“Reputasi Malaysia telah terjejas kerana rasuah. Kita perlu menyingkirkan kanser ini,” titah baginda.

Post a Comment

0 Comments