SKIM HARGA Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan diwartakan dalam tempoh dua minggu akan datang.
Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, ketika ini pihaknya sedang melakukan semakan di peringkat akhir sebelum dimasukkan dalam senarai untuk tujuan pewartaan.
“Kita sudah bersedia, pegawai sedang muktamadkan barang yang akan kita senaraikan (SHMMP),” katanya.
Salahuddin berkata begitu ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speed Mart Cawangan Bukit Jalil pada Khamis.
Sementara itu jelasnya bagi memastikan harga barangan sentiasa terkawal, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAPS) sentiasa melakukan pemantauan harga barang di pasaran hampir setiap hari.
Pemantauan juga akan dijalankan di beberapa lokasi pengeluar makanan tempatan bagi memastikan ia dapat memenuhi permintaan khususnya Ramadan dan Hari Raya Puasa akan datang.
“Pasukan KPDN memantau bekalan dan melihat sendiri tempat-tempat contohnya sayur di Cameron Highlands.
“MAPS pula akan memastikan bekalan ikan, daging dan seumpamanya cukup menjelang raya ini.
Menurut Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, ketika ini pihaknya sedang melakukan semakan di peringkat akhir sebelum dimasukkan dalam senarai untuk tujuan pewartaan.
“Kita sudah bersedia, pegawai sedang muktamadkan barang yang akan kita senaraikan (SHMMP),” katanya.
Salahuddin berkata begitu ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speed Mart Cawangan Bukit Jalil pada Khamis.
Sementara itu jelasnya bagi memastikan harga barangan sentiasa terkawal, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAPS) sentiasa melakukan pemantauan harga barang di pasaran hampir setiap hari.
Pemantauan juga akan dijalankan di beberapa lokasi pengeluar makanan tempatan bagi memastikan ia dapat memenuhi permintaan khususnya Ramadan dan Hari Raya Puasa akan datang.
KPDN turut akan pantau bekalan barangan |
“MAPS pula akan memastikan bekalan ikan, daging dan seumpamanya cukup menjelang raya ini.
“Kalau cukup maknanya harga mudah untuk kita kawal,” jelasnya.
0 Comments