Peralihan kuasa sebelum Julai ?


KERAJAAN
Pakatan Harapan (HARAPAN) mungkin dapat mengambil semula Putrajaya daripada perikatan rapuh Perikatan Nasional (PN) sebelum Julai.

Gambaran itu diberikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub susulan desas-desus kuat mendakwa, HARAPAN telah mempunyai majoriti sokongan semula untuk menyambung kembali amanah diberikan rakyat kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Kita membincangkan beberapa agenda mengenai ... perjalanan ke Putrajaya, kita masih mempunyai peluang cerah untuk kembali ke Putrajaya.

"(Kita boleh) tunggu hingga parlimen bermula pada Julai atau kita boleh lakukannya sebelum tempoh tersebut.

"Saya rasa (mengambil alih kerajaan) di luar parlimen juga tidak mengapa, tidak bertentangan dengan perlembagaan," kata Salahuddin dipetik laporan sebuah portal terkenal.

Bekas Menteri Pertanian itu berkata begitu selepas Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim  memuat naik gambar beliau mempengerusikan mesyuarat HARAPAN di Petaling Jaya.

Sementara itu  Salahuddin berkata, HARAPAN sudah memiliki jumlah sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baru, yang menyebabkan mereka mengadakan beberapa mesyuarat sebelum hari ini lagi.

"Kami sudah mempunyai jumlah (sokongan). Saya rasa kita hanya akan memaklumkan keadaan kami terhadap Yang di-Pertuan Agong. Saya rasa kita boleh melakukannya,” katanya.

Ditanya adakah ia bermakna mereka akan bertemu dengan Agong tidak lama lagi, Salahuddin tidak memberikan jawapan yang jelas.

"Tunggu dan lihat, okey. Kita memerlukan masa,” tambahnya.

Kerajaan HARAPAN tumbang pada Februari lalu, selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan sekutunya Azmin Ali keluar dari HARAPAN dan membentuk kerjasama dengan PAS dan Umno melalui "Langkah Sheraton".

Bagaimanapun perikatan itu dilihat rapuh dan Muhyiddin turut gagal mengesahkan keasbahan kerajaan pimpinannya di dalam Dewan Rakyat dengan parti Bersatu dipimpinnya dilihat semakin kucar kacir dan kehilangan kuasa di beberapa negeri diperintahnya sebelum ini.

Sementara itu dalam sesi dialog yang disiarkan secara langsung Facebook malam ini, Salahuddin optimis gelombang perubahan akan bermula di Johor.

"Kenapa tidak kita mulakan Johor sebagai negeri yang akan buat suatu gegaran skala richter 7.3 untuk gegarkan politik Malaysia.

"Jadi segala-galanya boleh berlaku di Johor dan kami sekarang tengah usaha ke arah itu... Tunggu dan lihat.

Sebagai rekod, selepas Bersatu mengumumkan perubahan sokongannya, parti itu kehilangan kerusi Menteri Besar di Johor.

PN kini mempunyai 29 kerusi DUN di Johor, sementara HARAPAN yang mendapat mandapat mandat mentadbir negeri itu pada PRU lalu menguasai 27 kerusi lain.

Hanya satu pertukaran sokongan akan menyaksikan dewan undangan negeri Johor bakal tergantung.

Post a Comment

0 Comments