Pemimpin PAS dan Umno dapat jawatan GLC


DUA
Ahli Parlimen penyokong kerajaan dilantik sebagai pengerusi pengerusi agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Kedua-dua mereka ialah  Ahli Parlimen Beaufort, Azizah Mohd Dun dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Azizah dari parti Umno dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggantikan pengerusi Mara yang lama, Hasnita Hashim yang pernah menjadi pengerusi Maybank Asset Management Group dan ahli lembaga pengarah Maybank Banking Berhad yang memegang jawatan itu untuk hanya 18 bulan.

Nik Mohamad Abduh dari parti PAS pula dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (Kesedar).

Pelantikan itu diumumkan menerusi satu kenyataan media oleh Menteri KPLB, Dr Abd Latiff Ahmad hari ini.

Sebelum ini beberapa pemimpin membidas tindakan melantik wakil rakyat yang menyokong pentadbiran Muhyiddin mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Antara yang kuat mengkritik tindakan itu ialah Presiden KEADILAN, DatuK Seri Anwar Ibrahim dan bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Rafidah menganggap tindakan itu sebagai langkah kebelakang dan bertentangan asas-asas pentadbiran untuk mencapai aspirasi bangsa dan rakyat.

Manakala Anwar pula mengaggap tindakan itu dilakukan pentadbiran Muhyiddin bagi mengukuhkan kedudukan politik mereka.

Sementara itu, tiga lagi wakil rakyat turut dilantik pengerusi GLC, mereka  ialah Ahli Parlimen Jempol sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Ahli Dewan Negara Razali Idris turut dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (Ketengah).

Adun Permas Che Zakaria Mohd Salleh pula dilantik selaku pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (Kejora).

Che Zakaria dari Bersatu itu sebelum ini dilapor ada menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa “perkara kecil” yang menjadi pertikaian wakil rakyat Bersatu Johor.

Dia turut mempertikaikan lantikan Ketua Bahagian Umno Pasir Gudang, Khaled Nordin yang bukan wakil rakyat, sebagai pengerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG), yang menurutnya mengundang kemarahan Bersatu Johor.
 

Post a Comment

0 Comments