69 jangkitan baru, 758 sedang dirawat


KETUA Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 69 kes jangkitan baru dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi mengatasi jumlah bilangan pulih hari ini.

Pada Jumaat, seramai 39 pesakit yang pulih dan dibenarkan keluar wad berbanding 84 pesakit yang pulih dan dibenarkan keluar wad.

“Ingin dimaklumkan daripada 69 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 12 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 57 kes,” kata  Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Tambahnya, jumlah keseluruhan kes pulih membentuk 69.3% daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19. Setakat kini 4,210 kes pulih daripada 6,071 kes positif yang dikesan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan  ketika ini, 1,758 kes aktif sedang dirawat dengan 37 kes di unit rawatan rapi dengan 14 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan 1 kematian yang merupakan korban ke-103 wabak koronavirus itu.

Jelas Dr Noor Hisham, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 66 tahun dengan latar belakang penyakit barah. Mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes jangkitan ke-4818

Mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 14 April dan disahkan meninggal dunia pada 30 Apr 4 petang.

Post a Comment

0 Comments