LEBIH 300 anggota penguatkuasa beberapa agensi didakwa membuat serbuan mensasarkan warga asing tanpa izin (PATI) di beberapa kawasan di Kuala Lumpur ketika perintah kawalan pegerakan diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan.
Memetik laporan Malaysiakini serbuan itu bermula kira-kira pada pukul sembilan pagi itu melibatkan Jabatan imigresen, polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam.
Portal itu menyebut, bangunan Malayan Mansion, Menara Plaza City One dan beberapa bangunan lagi sekitar kawasan itu.
Seorang penduduk di Malayan Mansion memberitahu bahawa Jabatan Imigresen membuat pemeriksaan dokumentasi setiap unit rumah.
"Yang mana tidak ada dokumen sah, diminta turun ke bawah sebelum masuk ke trak," katanya yang enggan dinamakan.
Dia yang berstatus penduduk tetap itu berkata, ramai warga asing yang tiada dokumen sah diminta turun ke bawah.
Di Menara City One pula, sejumlah orang dipercayai warga asing tanpa dokumen dilihat berkumpul di satu sudut bangunan, kira-kira tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud dilapor meninggalkan kawasan tersebut kira-kira pada pukul 10.30 pagi.
Bukan tindakan sesuai
Sementara itu, beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengkritik tindakan memburu PATI ketika negara sedang berdepan ancaman koronavirus (Coid-19), menurut mereka ia mungkin menjejaskan usaha kerajaan mengekang penyebaran wabak itu.
"Saya pasti Kementerian Kesihatan tidak suka akan cabaran baru untuk mereka, dan Kementerian Luar akan pening kepala untuk meyakinkan negara luar untuk mengambil kembali rakyat mereka ketika wabak Covid-19 terus meningkat," kata Timbalan Pengarah Human Rights Watch Asia Phil Robertson dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Malaysia juga berisiko mengulangi kesilapan dibuat Singapura yang menumpukan imigran melalui kaedah memudahkan penularan Covid-19.
Dari perspektif kesiahatan awam, katanya, langkah tersebut mungkin perkara paling tidak masuk akal dapat dilakukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kementerian Dalam Negeri.
"Ini tidak mengejutkan jika melihat kepada Muhyiddin yang ingin mengelak daripada bertanggungjawab atas penyebaran pantas Covid-19 ke seluruh Malaysia ketika dia terlalu sibuk bermain politik pada Mac lalu sehingga tidak menyedari krisis berkenaan di depan mata," katanya.
Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene A Dass pula mengakui PATI merupakan masalah di negara, namun langkah itu jelasnya bukan penyelesaian secara holistik perlu dicari.
"Kini bukan waktunya untuk melakukannya ketika kita berdepan wabak serius yang mengancam kehidupan," katanya.
Pengorbanan rakyat mungkin sia-sia
Dalam kenyataan berasingan, pertubuhan Engage menegaskan serbuan itu boleh warga asing yang ketakutan bersembunyi walaupun mempunyai simptom atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
Tegas mereka jika perkara itu berlaku, usaha mengekang penularan wabak akan semakin rumit dan pengorbanan dilakukan rakyat selama ini akan berakhir sebagai sia-sia.
"Pada minggu-minggu selepas Aidilfitri mungkin akan menyaksikan peningkatan kes-kes Covid-19 membabitkan individu bukan warganegara tanpa dokumen yang dijangkiti penyakit itu namun menghindari diri daripada pemeriksaan dan pengesanan.
"Dan pengorbanan besar yang dilakukan rakyat Malaysia selama tujuh minggu selama PKP mungkin sia-sia," kata mereka.

0 Comments