Kediaman bekas timbalan menteri terbakar


KEDIAMAN
bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen di Kuching dilapor terbakar petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii dipetik satu laporan media berkata, pihak bomba menerima panggilan yang memaklumkan kebakaran itu kira-kira jam 4.54 petang.

Susulan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan Batu Lintang bergegas ke rumah Ahli Parlimen Stampin itu.

Bomba memadam kebakaran | Foto-FMT
"Komander operasi melaporkan kebakaran sebuah rumah dua tingkat jenis kekal terbakar di bahagian atas bangunan melibatkan sebuah bilik bacaan di tingkat atas rumah terbabit," katanya dipetik.

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal dan memadamkan kebakaran itu.

“Kebakaran itu mengakibatkan bilik terbabit terbakar 20 peratus, di mana semasa kejadian terdapat lima mangsa iaitu dua lelaki dan tiga wanita berada di dalam kediaman itu.

“Kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa manakala punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya.

Bernama dalam laporannya mendakwa, Chieng Jen dipercayai berada di rumah berkenaan semasa kejadian. Namun belum ada sebarang kenyataan dari Chong.

Post a Comment

0 Comments