Kakitangan Majlis Daerah Lipis dikhuatiri lemas


SEORANG
kakitangan Majlis Daerah Lipis (MDL) dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Jelai dekat Kuala Lipis semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor yang dipetik laporan Sinar berkata, mangsa dikenali sebagai Asri Sallih, 46 dari Kampung Tanjung Lipis terjatuh ke sungai itu kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada jam 7 petang semalam, Asri masih belum ditemui.

"Siasatan polis mendapati mangsa tergelincir dan jatuh ke dalam sungai tersebut ketika membuang air yang terdapat dalam bot tersebut," jelasnya.

Operasi mencari semalam menurut Azli membabitkan lima pegawai, 27 anggota daripada pelbagai agensi iaitu polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan dibantu seramai 15 penduduk kampung.

"Operasi dihentikan pada jam 7 petang tadi kerana keadaan cuaca gelap dan disambung esok," kata dalam satu kenyataan.

Post a Comment

0 Comments