KANAK-KANAK lelaki berumur tujuh tahun maut digilis van penumpang di Tawau.
Dalam kejadian pada di Kampung Sungai Buaya, Batu 3, Jalan Apas Tawau pada Ahad itu, mangsa Amir Ramli dilapor maut ditempat kejadian.
Saksi yang merupakan pemandu van terlibat memaklumkan, kejadian berlaku apabila mangsa, Amir Ramli menyeberang jalan dari arah kanan bahu jalan menuju ke kiri bahu jalan.
Sebaik mangsa tersebut cuba menyeberang jalan, mangsa terlanggar bahagian hadapan kanan van lalu terjatuh dan digilis bahagian tayar kanan belakang van tersebut.
"Akibat kecederaan parah di bahagian kepala, mangsa tersebut maut di tempat kejadian, manakala pemandu van, seorang lelaki berumur 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam kenyataan
Van tersebut yang membawa penumpang dari Semporna sebelum itu dalam perjalanan ke Bandar Tawau.
"Jenazah kanak-kanak malang tersebut dihantar ke Hospital Tawau bagi tujuan bedah siasat dan pemandu van kini ditahan untuk siasatan lanjut. " ujar Peter.
Mengulas lanjut, Peter berkata kes ini disiasat di bawah sSksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Sementara itu di Sibu pula, Seorang lelaki terbunuh selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Hock Ming, Sungai Bidut di sini pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa, Hii Sie Lee, 30, cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit dan keretanya terbalik.
"Kereta mangsa ditemui dalam keadaan terbalik di dalam parit yang berair oleh orang awam ," katanya lagi.
0 Comments