Fadhlina sempat lawat mangsa banjir walaupun jadual padat

 


KESIBUKAN tugas sebagai Menteri Pendidikan tidak menghalang Fadhlina Sidek melaksana tugasnya sebagai Ahli Parlien Nibong Tebal.

Pada Sabtu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu sempat meluangkan masa melawat mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka susulan hujan lebat di Pulau Pinang.

Menurut Fadhlina, pihaknya akan meghulurkan bantuan sepatutnya terutama untuk pelajar sekolah yang terjejas.

"Kita sedang selaras kan, kita akan lihat bantuan bantuan sebab saya rasa bantuan yang lain telah cemerlang dilakukan oleh semua agensi

"Bantuan susulan akan kami selaraskan daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal termasuk tentang sekolah dan anak murid kita yang terjejas," kata Fadhlina.

Tetap hadir beri sokongan kepada mangsa banjir
Daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan, susulan hujan lebat lebih dua jam.

Terdahulu lapan keluarga yang terdiri daripada 13 orang dewasa, lapan kanak-kanak serta tiga warga emas ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah, Sungai Jawi.

Sebelas keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

Post a Comment

0 Comments