MAFS kearah pendigitalan untuk pantau bekalan sayur


MENTERI
Pertanian dan Keterjaminan Makanan  (MAFS), Datuk Seri Mohamad Sabu mengambil maklum masalah kekurangan bekalan sayur yang berlaku di pasaran ketika ini.

Melalui satu kenyataan Mohamad berkata, pihak kementerian bercadangan untuk mewujudkan sistem data raya untuk mendapatkan maklumat dalam masa sebenar mengenai bekalan sayur-sayuran di negara ini.

Sistem berkenaan, menurut nya bertujuan memantau jenis sayuran yang sedang ditanam, jumlah pengeluaran, lokasi pengeluaran, jumlah import dan eksport, jumlah permintaan dan kos pengeluaran yang dapat membantu kementerian dan agensi berkaitan membuat persiapan awal menangani masalah kekurangan bekalan.

"Misalnya jika kita dah boleh unjur tiga bulan lagi bekalan timun akan berkurangan, maka kita dah boleh minta agensi untuk giatkan tanaman sayuran jenis itu mulai minggu ini.

"Saya yakin ramai anak muda di luar sana mampu menghasilkan sistem ini.

“Saya rasa kementerian tidak ada halangan untuk memberikan dana yang sewajarnya untuk mereka membangunkan sistem ini demi kebaikan semua," katanya dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporan berlaku kenaikan harga sayur-sayuran.

Telah arah agensi berkaitan ambil tindakan
Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt dan Presiden Persekutuan Persatuan Peladang Sayur Malaysia, Lim Ser Kwee yang dipetik laporan portal Malaysia baru-baru ini memberi gambaran situasi itu berpunca dari kekurangan bekalan dalam pasaran.
 
Mengulas mengenai masalah kekurangan bekalan sayur-sayuran seperti kacang panjang, bendi dan terung di pasaran tempatan ketika ini. Mohamad berkata arahan telah dikeluarkan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk segera menangani masalah tersebut.

Post a Comment

0 Comments