KERAJAAN yakin dapat mencapai keputusan suku keempat 2022 yang memberangsangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keyakinan itu dinyatakan Anwar susulan perubahan positif yang berlaku dalam negara sejak beberapa bulan lepas.
“Kita selesa dengan keputusan suku keempat. Saya harap kita boleh mengekalkannya,” katanya menerusi satu temu bual bersama agensi berita antarabangsa, Bloomberg TV baru-baru ini.
Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan ditanya sama ada kerajaan akan mengekalkan sasaran 4-5 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2023.
Beliau turut ditanya sama ada pentadbiran beliau akan mengekalkan defisit fiskal pada 5.5 peratus daripada KDNK bagi ini.
Menjawab persoalan itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu menegaskan bahawa sasaran defisit oleh kerajaan pimpinnya akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb depan.
Namun secara prinsipnya tegas Anwar, kerajaan akan berusaha ke arah mengurangkan defisit secara beransur-ansur tanpa mengorbankan kebajikan awam atau pendidikan dan kesihatan golongan miskin dan itu tegasnya perlu ditangani dengan sangat berhati-hati.
Masih menyentuh soal ekonomi, beliau turut sekali lagi menyatakan keyakinan bahawa Malaysia akan mampu menarik lebih banyak pelabur ke dalam negara.
Sasaran itu jelasnya dapat dicapai melalui dasar diterap dalam kerajaan yang mengamalkan tata kelola dan akauntabili demokrasi yang baik.
“Jika anda memiliki sistem dengan dasar yang sangat jelas untuk menarik pelaburan, (beserta dengan) kemudahan untuk menjalankan perniagaan, pantas, cekap dan tidak ada amalan rasuah, pelabur akan datang,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.
Dalam wawancara sama Perdana Menteri turut ditanyakan mengenai pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Walaupun GST masih kekal sebagai sistem percukaian paling telus dan cekap, Anwar menolak kemungkinan pelaksanaan cukai itu buat masa ini berikutan status pendapatan semasa rakyat Malaysia.
“masalahnya apabila terdapatnya kemiskinan tegar dan rakyat langsung tidak mendapat gaji minimum, bagaimana boleh kita laksanakan sistem percukaian yang telus?” soalnya kembali.
Keyakinan itu dinyatakan Anwar susulan perubahan positif yang berlaku dalam negara sejak beberapa bulan lepas.
“Kita selesa dengan keputusan suku keempat. Saya harap kita boleh mengekalkannya,” katanya menerusi satu temu bual bersama agensi berita antarabangsa, Bloomberg TV baru-baru ini.
Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan ditanya sama ada kerajaan akan mengekalkan sasaran 4-5 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2023.
Beliau turut ditanya sama ada pentadbiran beliau akan mengekalkan defisit fiskal pada 5.5 peratus daripada KDNK bagi ini.
Menjawab persoalan itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu menegaskan bahawa sasaran defisit oleh kerajaan pimpinnya akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb depan.
Namun secara prinsipnya tegas Anwar, kerajaan akan berusaha ke arah mengurangkan defisit secara beransur-ansur tanpa mengorbankan kebajikan awam atau pendidikan dan kesihatan golongan miskin dan itu tegasnya perlu ditangani dengan sangat berhati-hati.
Masih menyentuh soal ekonomi, beliau turut sekali lagi menyatakan keyakinan bahawa Malaysia akan mampu menarik lebih banyak pelabur ke dalam negara.
Sasaran itu jelasnya dapat dicapai melalui dasar diterap dalam kerajaan yang mengamalkan tata kelola dan akauntabili demokrasi yang baik.
“Jika anda memiliki sistem dengan dasar yang sangat jelas untuk menarik pelaburan, (beserta dengan) kemudahan untuk menjalankan perniagaan, pantas, cekap dan tidak ada amalan rasuah, pelabur akan datang,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.
Dalam wawancara sama Perdana Menteri turut ditanyakan mengenai pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST).
PM turut yakin ekonomi dapat dipacu semula |

0 Comments