Dilantik Ketuai J-Kom, Dr Agus Yusoff mahu pupuk perpaduan



MANTAN pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) berkuatkuasa semalam.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Agus berkata Jabatan itu akan memainkan peranan bagi menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat dengan maklumat betul dan tepat, selain mendidik dan menyedarkan rakyat saling menghormati antara satu sama lain.

J-Kom juga jelasnya bakal memain peranan memberi pendidikan supaya masyarakat di negara ini dapat mengelak ekstremisme agama dan kaum.

"Saya menerima tanggungjawab besar ini atas hasrat untuk bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan bagi membangunkan negara ini, bukan sahaja dari segi ekonomi dan infrastruktur, tetapi juga dari segi siasah dan masyarakatnya.

"Saya lihat episod PRU-15 telah memisahkan masyarakat kita. Pengaruh media sosial telah membawa banyak kesan negatif kepada hubungan antara kaum.


Ambil peranan jayakan konsep Malaysia Madani
"Bagi memulihkan kembali keadaan ini, kami di J-Kom akan berusaha untuk mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan tataetika yang betul supaya semangat patriotisme serta hubungan baik dan tolarensi sesama rakyat akan kembali kuat dan subur," katanya dalam hantaran tersebut.


Tambahnya, bagi menggerakkan usaha ini, J-Kom akan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan seluruh agensi kerajaan, swasta, NGO, belia dan pemimpin masyarakat.

Post a Comment

0 Comments