RAKYAT Malaysia wajar berbangga dengan kemampuan filem animasi tempatan.
Terbahru, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal diangkat sebagai Filem Cetera Terbaik, Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (ANIMAZE) di Montreal, Kanada.
Berita gembira itu dikongsikan penerbitnya, Les’ Copaque Production menerusi satu status di Twitter, semalam.
“Alhamdulillah, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dipilih sebagai pemenang di ANIMAZE 2019 bagi kategori Filem Certera,” tulisnya syarikat anak tempatan itu.
ANIMAZE merupakan majlis perhimpunan pengeluar filem dari seluruh dunia dan turut memberi pengiktirafan kepada karya animasi.
Filem arahan bersama Adame Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli itu antara 65 filem dari seluruh dunia yang dipertandingkan.
Festival empat hari yang bermula pada 29 Ogos lalu diakhiri malam kemuncak anugerah ANIMAZE.
Ditayangkan pada MAC, filem itu mencatat kutipan RM25 juta selepas 21 hari ditayangkan dengan mencecah dua juta penonton di Malaysia.
Filem yang berkisar kisah dongeng masyarakat tempatan turut menembusi pasaran Indonesia, Vietnam, Uzbekistan dan India itu turut menembusi pawagam beberapa negara termasuk China.
0 Comments