Jangan 'report' polis, titah Permaisuri Agong


RAJA
Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menitahkan agar tidak ada mana-mana pihak membuat laporan polis berkaitan dakwaan derhaka terhadapnya.

Dalam titah Tuanku melalui akaun  twitter anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah siang tadi, baginda memberi alasan penyahaktifan laman mikro twitter itu atas sebab tersendiri.

Titah Tunku Azizah di laman twitter anakanda  baginda | Sumber- Utusan
Tambah baginda, keputusan itu dibuat bukan disebabkan pembulian siber. Malah baginda mengakui tidak membaca atau sedar tentang komen-komen jelek yang dimuat naik individu-individu tertentu.

“Saya menyah-aktifkan akaun bukan kerana sedih, terasa atau marah pada komen-komen mereka. Saya sendiri tidak membaca dan sedar mengenai perkara itu. Ia tiada kaitan. Saya ada sebab peribadi, tolong jangan buat laporan polis,’’ titah Tunku Azizah.

Terdahulu pada Khamis, warganet dikejutkan dengan penutupan akaun Twitter @cheminahsayang milik baginda. Ia dikaitkan dengan komen-komen negatif dan biadab daripada segelintir pengguna media sosial.

BACA:
Polis buru individu derhaka pada Permaisuri Agong

Susulan itu, warganet melancarkan kempen dengan tanda pagar #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Raja Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya.

Seorang pemuda pada petang semalam turut membuat permohonan ampun dari baginda ekoran komen-komen keterlaluan yang dimuatnaiknya. Polis dalam satu kenyataan pula berkata mereka sedang memburu individu-individu yang dikatakan terbabit.

Tindakan terbahru baginda itu sekali lagi menunjukkan Keperibadian berjiwa rakyatnya.

Post a Comment

0 Comments