Menteri kewangan India jadi mangsa 'troll'



MENTERI kewangan India menjadi mangsa 'troll' golongan muda di negara itu susulan kenyataan sensasi dibuat.

Nirmala Sitharaman pada Selasa menyalahkan cara pemikiran generasi muda yang menurutnya tidak mahu membeli kenderaan sehingga menjadi punca kepada penurunan berterusan dalam sektor automotif negara itu.

Nirmala diboikot generasi muda negara itu
“Industri automobil dan komponen telah terjejas akibat... pemikiran Millennial yang lebih gemar menggunakan perkhidmatan 'ride-hailing' seperti Ola dan Uber,” katanya dipetik.

Nirmala sebelumnya mengulas sektor automobil India yang mengalami kelembapan terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan yang disiarkan di media.

Susulan itu, golongan muda negara itu berang. mereka mula menggunakan #BoycottMillennials sebagai tanda protes terhadap kenyataan dibuat menteri itu.

Sesetengah warganet turut'membahan' Nirmala dengan pelbagai meme atau jenaka di media sosial masing-masing.

Post a Comment

0 Comments