KEMPEN Pemilikan Rumah (HOC) untuk warga China dan Hong Kong yang dicadangkan seorang menteri baru-baru ini disifatkan sebagai tidak kena.
Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusuf berkata, jika cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin itu dilaksanakan, ia hanya akan menjadikan harga rumah di negara ini melonjak naik dan berada diluar kemampuan rakyat tempatan.
Tegasnya, berbanding cadangan kurang bernas itu, Zuraida sepatutnya mencari penyelesaiaan terhadap isu harga rumah yang membebani rakyat selama ini.
"Dengan membenarkan pembelian dari warga asing China, nilai tanah kita tidak lagi mampu dibeli oleh warga tempatan akibat kenaikan terus menerus harga rumah.
Cadangan Zuraida ditempelak |
“Contohnya di Johor Bahru apabila pemaju cenderung membina rumah untuk warga Singapura. Menteri Perumahan (dan Kerajaan Tempatan) ini pro pemaju,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.
Mengulas lanjut, Mohd. Redzuan yang juga merupakan Menteri Pembangunan Usahawan cadangan itu bakal menarik minat lebih ramai jutawan dari negara luar untuk memiliki hartanah di negara ini dan menjebakkan Malaysia kepada krisis.
“10 peratus dari populasi China adalah jutawan. Itu sudah 100 juta (orang). Dan 10 peratus daripada populasi India juga ada dalam kategori sama. (Jika dicampur) itu sudah 200 juta (orang).
“Kalau kita buka ‘pintu’ kita, mereka juga akan sedia untuk datang. Tak hairanlah ekonomi kita bermasalah,” tambahnya.
Terdahulu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang dilapor mahu menganjurkan HOC khas bagi menarik pembeli dari China dan Hong Kong.
Beliau memberi alasan bahawa ia sebagai jalan keluar kepada masalah unit kediaman mewah di negara ini yang tidak dapat dijual.
Walau bagaimanapun, Zuraida menjelaskan cadangan itu terlebih dahulu akan dibincangkan sebelum mendapatkan kelulusan daripada Kabinet.
Malah jelasnya cadangan itu bukanlah kempen pemilikan rumah (HOC) sebaliknya hanya kempen ekspo perumahan di luar negara melalui program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Malah jelasnya cadangan itu bukanlah kempen pemilikan rumah (HOC) sebaliknya hanya kempen ekspo perumahan di luar negara melalui program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
0 Comments