JUMLAH keseluruhan korban akibat wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini kekal 114 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kes kematian dilaporkan pada Khamis.
“Maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.
“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.
Semenyata itu, terdapat 50 kes jangkitan baru telah dilaporkan. Perkembangan terkini itu menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,059 orang sehingga kini.
“Ingin dimaklumkan daripada 50 kes baru yang dilaporkan, 3 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Daripada 47 kes penularan tempatan, 41 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 35 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.
“Mereka ini berada di dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020,” katanya pada sidang media hari ini.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat 90 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,796 orang sehingga kini
Jelasnya ketika ini, seramai 1,149 pesakit sedang dirawat dengan 10 di unit rawatan rapi dengan 7 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
0 Comments