Lori langgar tiga kereta, wanita mengandung jadi korban


BERTIMBANG rasalah diatas jalan raya. Sikap melulu ketika memandu bukan hanya membahayakan diri sendiri, malah orang lain yang tidak bersalah.

Semalam tiga wanita termasuk seorang yang hamil lapan bulan terbunuh dalam nahas membabitkan dua buah kereta, sebuah pacuan empat roda dan sebuah lori muatan tanah.

Dalam kejadian di Kilometer 32, Jalan Langkap - Kampar itu, mangsa Faridah Md Nayen berusia 38 tahun yang juga penumpang kereta jenis Suzuki Swift disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan bersama kandungannya yang berusia 35 minggu.

Lori terbabit merempuh tiga kenderaan
Faridah sebelumnya menumpang kenderaan untuk membuat pemeriksaan di Klinik. Difahamkan, beliau hanya menunggu masa untuk melahirkan bayinya.

"Kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 10.50 pagi melibatkan empat kenderaan iaitu dua sebuah kereta jenis Suzuki Swift dan Proton Saga, pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan sebuah lori jenis Mercedes Benz.

"Siasatan awal mendapati lori dan Suzuki Swift dari arah Langkap menghala ke Kampar dan apabila tiba di lokasi kejadian lori berkenaan dipercayai melanggar belakang kereta tersebut yang hendak membelok ke kanan memasuki simpang Klinik Desa Tanjung Keramat.

Kenderaan dinaiki Faridah
"Akibat pelanggaran itu, kereta tersebut berpusing beberapa kali sebelum melanggar Ford Ranger dari arah bertentangan dan terhumban ke dalam parit sebelah jalan," kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar dalam satu kenyataan.Selepas melanggar Suzuki Swift tersebut, lori yang dipercayai dipandu laju itu kemudiannya melanggar sebuah lagi kereta Proton Saga yang berada di belakang Ford Ranger sebelum terbabas ke dalam parit sebelah kanan jalan.

Sementara itu, dua lagi yang meninggal dunia ialah Fuziyah Sarjuni, 62 yang merupakan pemandu Swift seorang lagi penumpang kereta berkenaan, seorang suri rumah berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Farah Ain Salim.

"Pemandu Suzuki Swift dipercayai tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala wanita mengandung dan suri rumah pula meninggal dunia di Hospital Teluk Intan.

Lori dipandu terbabas ke longkang
"Turut cedera seorang bayi perempuan berusia lapan bulan yang merupakan anak Farah Ain," tambahnya.

Tambahnya, lori berkenaan pula kemudian melanggar sebuah lagi kereta Proton Saga yang berada di belakang Ford Ranger sebelum terbabas ke dalam parit sebelah kanan jalan. Pemandu Ford Ranger yang merupakan seorang lelaki turut dilapor cedera.

Dilaporkan, pemandu lori yang identitinya tidak didedahkan itu telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Post a Comment

0 Comments