Penyanyi popular didakwa atas tuduh mencuri



PENYANYI dan pelakon dari Singapura Aliff Aziz yang popular dengan lagu sayang sayang didakwa di mahkamah atas tuduhan mencuri.

Memetik Berita Harian Singapura, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28, dikenakan dua tuduhan atas kesalahan tersebut hari ini.

Menurut kertas pertuduhan pertama, dia didakwa mencuri wang sebanyak SG$300 (RM900) dan SG$97.90(RM296) milik pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Singapura antara jam 12 hingga 3 pagi 7 Jun lalu.

Sebelum ini, Yunika yang juga salah seorang pemimpin dalam sebuah parti politik di Indonesia melalui portal haluankepri.com mendedahkan sejumlah wangnya dicuri selebriti tersebut semasa membuat bayaran di sebuah restoran makanan Jepun di Clarke Quay, Singapura pada 7 Jun lalu.

Pelakon Filem Cinta Palsu Suaminya mendakwa pertemuannya dengan Aliff sebelum ini dibuat bagi membincangkan mengenai peluang pekerjaan di Indonesia.

“Saya langsung tidak menyangka akan diperlakukan begini oleh Aliff, awalnya cuma berniat untuk membantunya mendapatkan tawaran berlakon di Indonesia kerana dia mengadu tidak mendapat sebarang tawaran selepas bercerai dengan bekas isteri.
 
Sementara itu, Aliff turut menghadapi tuduhan mencuri sepaket rokok dan pemetik api bernilai $15.60 (RM47) secara keseluruhan milik seorang individu bernama Gurwinder Singh S/O Harwindar Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura.

Kejadian itu didakwa berlaku sekitar 4.45 pagi pada 6 Ogos 2018.

Aliff, 28, hadir di mahkamah pagi tadi bersama seorang rakannya dan dibebaskan dengan ikat jamin $5,000.

Sebutan semula kes tersebut dijangka diadakan di mahkamah pada 1 Oktober depan.

Post a Comment

0 Comments