MALAYSIA mencatatkan 40 kes baru berkaitan koronavirus (Covid-19) setakat tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya siang tadi turut memaklumklan daripada jumlah itu, 31 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada sebarang kes import.
“Oleh itu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,819 kes," katanya.
Dr Noor Hisham juga mengumumkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan wabak itu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini sebanyak 112 kes.
Kematian itu menurutnya membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun yang dirujuk sebagai pesakit ke-6780.
"Beliau mempunyai sejarah penyakit injap jantung, serta kemalangan pada awal tahun mengakibatkan beliau patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri.
“Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Mei jam 9.52 malam di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang,” katanya.
Tambah Noor Hisham lagi, setakat kini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,356 kes.
Seramai 16 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat 70 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 5,351 kes atau 78.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
0 Comments