SEPASANG suami isteri maut dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di, Alor Gajah, Melaka semalam.
Mangsa Mohd Hairawi Mat Rezam, 36 yang bekerja sebagai tukang masak membonceng isterinya, Nur Ain Kamarulzaman, 25 untuk ke Hospital Melaka kerana mempunyai temu janji dengan pakar orthopedic.
Lebih menyedihkan, wanita itu difahamkan sedang sarat mengandung tujuh bulan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu yang dipetik laporan Sinar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu seorang lelaki berusia 34, hilang kawalan setiba di lokasi kejadian.
MYvi itu jelasnya berpusing sebelum masuk ke laluan bertentangan, dalam masa sama motosikal jenis Yamaha ditunggang mangsa melalui jalan itu dan dan bertembung,
"Suami mangsa Mohd Hairawi mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin selain kandungannya juga gagal diselamatkan.
"Siasatan di lokasi kejadian, terdapat kesan serpihan dan tumpahan minyak di tempat tersebut, selain cuaca baik," katanya.
Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasatan dan
Kemalangan itu kini jelasnya sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
0 Comments