SETIAUSAHA Dewan Rakyat Riduan Rahmat dilapor dipindahkan sehari selepas tular notis pengesahan sidang dewan dijdualkan pada 18 Mei ini hanya terhad bagi mendengar titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong sahaja.
Perkembangan terbaru itu turut disahkan Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof.
Melalui satu kenyataan, Ariff memaklumkan, Nizam Mydin Bacha Mydin yang pernah berkhidmat sebagai pegawai tadbir di Jabatan Perdana Menteri telah dilantik sebagai Setiausaha Dewan yang baru berkuatkuasa semalam.
Penukaran itu dianggap mengejutkan, Riduan berkhidmat dalam tempoh kurang tiga bulan iaitu sejak dilantik pada 22 Februari lalu, beberapa hari sebelum ‘Langkah Sheraton’.
Beberapa sebab didakwa melatari pertukaran jawatan Riduan, termasuk membabitkan usul undi tidak percaya ke atas Muhyiddin Yassin yang dikemukakan Dr Mahathir Mohamad.
Memetik laporan Malaysiakini, seorang sumber berkata, tindakan menukar Setiausaha Dewan seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.
"Penukaran serta-merta ini tidak pernah berlaku dalam sejarah parlimen Malaysia, Riduan seolah-oleh kambing hitam akibat tindakan kerajaan PN," kata sumber tersebut dipetik.
Sementara itu, Pembangkang yang terdiri dari Pakatan Harapan (HARAPAN), Warisan dan segelintir pemimpin Bersatu terkejut dengan tindakan itu.
Bimbang ada campur tangan
Menurut mereka tindakan itu yang dibuat kurang lima hari sebelum dewan bersidang hanya akan menimbulkan persepsi bahawa wujud campur tangan pihak tertentu dalam institusi parlimen yang sepatutnya bebas.
"Kami amat terkejut dengan pengumuman penukaran Setiausaha Dewan Rakyat berkuat kuasa 13 Mei, iaitu hanya lima hari sebelum parlimen akan mendengar titah diraja.
"Tindakan ini amat membimbangkan kerana menimbulkan persepsi wujud pengaruh tidak wajar oleh pihak-pihak tertentu terhadap institusi parlimen," kata kenyataan yang dikeluarkan petang ini.
Kenyataan itu ditandatangani Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Dr Mahathir, Lim Guan Eng dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.
Melalui kenyataan serupa, mereka tekad untuk meneruskan usaha mengembalikan mandat rakyat di sebalik tiadanya sidang penuh Dewan Rakyat kali ini.
Parlimen tegas mereka sepatutnya berfungsi sebagai wahana untuk suara rakyat, selain menjadi tiang seri demokrasi.
"Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah lebih enam dekad Parlimen Malaysia apabila sebuah majlis mesyuarat berjalan tanpa sidang penuh.
"Tindakan ini semestinya akan dilihat oleh rakyat sebagai keengganan perdana menteri berhadapan dengan ahli-ahli parlimen pembangkang," tegas mereka.
Menurut mereka tindakan itu yang dibuat kurang lima hari sebelum dewan bersidang hanya akan menimbulkan persepsi bahawa wujud campur tangan pihak tertentu dalam institusi parlimen yang sepatutnya bebas.
"Kami amat terkejut dengan pengumuman penukaran Setiausaha Dewan Rakyat berkuat kuasa 13 Mei, iaitu hanya lima hari sebelum parlimen akan mendengar titah diraja.
![]() |
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim |

0 Comments