1 korban dan 17 kes baru dilaporkan


KEMENTERIAN
Kesihatan memaklumkan 1 korban baru berkaitan koronavirus (Covid-19) hari ini.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini adalah seramai 113 orang

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa wanita tempatan berumur 53 tahun.

Mangsa yang merupakan pesakit ke 6,856 merupakan seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah yang mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi.

Beliau dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei lalu disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot.

Beliau didapati positif Covid-19 dan disahkan meninggal dunia pada jam 1.30 petang, 7 Mei lalu.

Bagaimanapun Noor Hisham berkata punca kematian wanita tersebut adalah kanser.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan 17 kes jangkitan baru, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,872 orang.

“Ingin dimaklumkan daripada 17 kes baru yang dilaporkan, 6 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 11 kes adalah penularan tempatan melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia

Terdapat pula 73 73 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,512 orang atau 80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Seramai 1,247 pesakit sedang dirawat.

"Daripada jumlah itu, 13 di unit rawatan rapi dengan 5 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments