AMK gesa timbang semula semula had umur belia

 



MENTERI BELIA DAN SUKAN, Ahmad Faizal Azumu digesa supaya mempertimbangkan semula pengumuman pelaksanaan had umur bawah 30 tahun untuk pertubuhan-pertubuhan belia di negara ini.

Gesaan itu dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan P Prabakaran dengan alasan pelaksanaan dasar had umur belia yang dilakukan secara tergesa gesa hanya akan menimbulkan kegusaran pelbagai pihak.

"Oleh itu, perlu ada satu kerangka masa untuk 'soft landing' sebelum pelaksanaan had umur belia bawah 30 tahun dilaksanakan sepenuhnya.

"Saya khuatir ia akan mendatangkan masalah lebih besar apabila tiada persiapan rapi oleh pemegang taruh pertubuhan belia yang akan merencatkan aktiviti-aktiviti mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Isu berkenaan mula tercetus apabila bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membentangkan usul pindaan Akta Pertubuhan Belia 2007 pada tahun 2019.

Namun, cadangan berkenaan dibantah pelbagai organisasi belia tempatan kerana had usia itu diturunkan daripada 40 tahun kepada 30 tahun berbanding cadangan asalnya hanya setakat 35 tahun.

Bimbang akan menyebabkan masalah
Seterusnya, ia tidak dilaksanakan ketika Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diterajui Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Bagaimanapun, dalam sidang Parlimen pada Rabu lalu, Ahmad Faizal mengumumkan pelaksanaan umur 30 tahun ke bawah bagi pemegang jawatan pertubuhan belia akan berkuat kuasa bermula 1 Januari ini.

Post a Comment

0 Comments