Zakat fitrah: S'wak terus guna khidmat amil


DITENGAH kebimbangan berhubung penularan wabak koronavirus (Covid-19), Sarawak dilapor akan terus menggunakan khidmat amil bagi urusan pembayaran zakat fitrah.

Keputusan itu dibuat kerana kaedah pembayaran dalam talian tidak boleh diaplikasikan oleh mereka yang menetap jauh di luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada internet.

Menurut Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi meskipun sudah ada perkhidmatan dalam talian namun ia bersifat alternatif lebih-lebih lagi di saat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pihak Tabung Baitulmal Sarawak masih menyediakan amil-amil di seluruh negeri dan saya dimaklumkan pada hari ini lebih kurang 700 lebih amil telah didaftarkan seperti tahun sebelumnya.

“Mereka tetap akan bertugas di kawasan masing-masing terutama kawasan yang tidak mendapat liputan internet,” jelasnya.

Sebagai rekod, kadar bayaran untuk zakat fitrah bagi negeri Sarawak untuk tahun ini ditetapkan sebanyak RM7 seorang.

Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat menerusi portal pelanggan TBS iaitu Baitulmal Kamek selain MyEG, Maybank2u dan Snap n Pay.

Post a Comment

0 Comments