RAUTERS melaporkan jumlah jangkitan koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS) hampir satu pertiga daripada keseluruhan kes di dunia.
Pada Selasa, individu dijangkiti wabak itu di AS menghampiri satu juta orang, jumlah itu meningkat dua kali ganda berbanding tempoh 18 hari lalu.
Menurut agensi berita itu lagi, lebih 56,000 warga AS menjadi korban disebabkan penyakit pernafasan yang dikaitkan dengan virus Covid-19, dengan purata kira-kira 2,000 korban sehari pada bulan ini.
New York mencatatkan kira-kira 30 peratus kes dan menjadi pusat wabak AS, diikuti oleh New Jersey, Massachusetts, California dan Pennsylvania.
Amerika Syarikat, yang mempunyai jumlah penduduk ketiga terbesar di dunia, mempunyai lima kali lebih banyak kes dari Itali, Sepanyol dan Perancis lapor Rauters.
Kematian akibat wabak wabak itu di AS kini merupakan tertinggi di dunia, difahamkan telah melebihi jumlah orang Amerika yang terbunuh dalam Perang Korea 1950 iaitu seramai 36,516 nyawa.
Di peringkat global, kes koronavirus meningkat menjadi tiga juta kes sejak wabak itu bermula di China pada akhir tahun lalu.
Negara kuasa besar dunia itu dianggar mencatatkan kira-kira 30 kes bagi setiap 10,000 orang.
Diseluruh dunia, wabak itu telah menjangkiti 3.08 juta orang dengan angka kematian sebanyak 214 ribu orang.
0 Comments