LANGKAH pentadbiran Muhyiddin semalam membenarkan kedai gunting memulakan semula perkhidmatan mereka dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dipertikai ramai.
Segelintir warganet mempertikai langkah itu yang pada anggapan mereka akan menyebabkan usaha menangani wabak koronavirus (Covid-19) menjadi usaha sia-sia.
Keputusan untuk membenarkan operasi kedai gunting beroperasi juga tidak dipersetujui persatuan pendandan rambut.
Pengerusi Persatuan Pendandan Rambut India Selangor dan Wilayah Persekutuan Ganathiban Muruga yang dipetik laporan FMT turut tidak bersetuju dengan keputusan itu.
“Di pasar raya, orang ramai dikehendaki berdiri sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain, tetapi untuk menggunting rambut kita perlu ada kontak dekat dengan pelanggan. Bagaimana kita hendak kekalkan jarak selamat dari mereka?
“Kita tidak tahu siapakah yang dijangkiti virus. Cadangan saya, jangan buka kedai pada masa ini. Masanya tidak sesuai.” katanya.
Sementara itu tegasnya, pihak persatuan percaya perkhidmatan tukang gunting wajar disambung semula hanya selepas keadaan benar-benar selamat.
“Sama ia boleh (dilaksanakan), saya tidak pasti. Kami sedia tutup sejak 18 Mac, kenapa tidak tuunggu sehingga lepas 28 April?” soalnya sambil menggesa menteri meletakkan menempatkan diri mereka di kedudukan tukang gunting sebelum membuat apa-apa keputusan.
0 Comments