INDONESIA pada malam tadi gempar lagi susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau.
Pusat Vulkanologi, Mitigasi dan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia dalam kenyataanya berkata, letusan itu berlaku pada jam 9.58 malam dengan mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 500 meter.
Susulan itu, pihak berkuasa dilapor telah mengarahkan penduduk tidak menghampiri kawasan gunung berapi.
“Ketika ini Gubung Anak Krakatau berada pada status Tahap II (Waspada) dan penduduk sekitar tidak diperbolehkan mendekati kawah dalam radius 2 km dari kawah,” kata kenyataan itu.
Pada Disember lalu, gunung berapi di Selat Sunda itu meletup dan membebaskan debu setinggi 2,000 meter ke permukaan udara.
Aktiviti vulkanik di gunung berapi tersebut dilaporkan meningkat sejak 18 Jun 2018 disusuli siri letusan pada September 2018 hingga Februari 2019.
Pada 22 Disember 2018, lebih 400 orang terkorban akibat letusan gunung itu yang menyebabkan berlaku runtuhan sebahagian gunung berkenaan serta pergerakan tanah di bawah dasar laut yang mencetuskan tsunami.
0 Comments