Peratusan pulih Covid-19 di Malaysia meningkat 42 peratus


KEMENTERIAN
Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan tiga kes kematian koronavirus (Covid-19) hari ini.

Jumlah terkini itu menjadikan keseluruhan angka korban di negara ini setakat kini seramai 70 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 3 pesakit yang meninggal dunia awal hari ini terdiri daripada 2 lelaki dan seorang wanita.

Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 62 hingga 88 tahun yang mempunyai rekod penyakit kronik seperti kencing manis.

Untuk kes kematian ke -68, ia melibatkan pesakit 694 berusia 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Mangsa mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 daripada kluster Seri Petaling (pesakit 159) dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah pada 17 Mac serta disahkan meninggal dunia pada jam 8.21 pagi hari ini.

Manakala bagi kes kematian ke-69, ia melibatkan Lelaki warga Malaysia berusia 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.

Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam empat pagi hari ini, mangsa merupakan pesakit Pesakit 4,229.

Manakala seorang lagi wanita berusia 88 menjadi mangsa ke-70, pesakit 4,230 itu  mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan dementia serta mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (pesakit 1,684)

Mangsa telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 20 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.38 pagi hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan  69 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 40 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Malaysia hari ini mencatatkan 118 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 4,346 orang.

Sementara 222 pesakit sudah pulih, menjadikan semuanya 1,830 dibenarkan keluar hospital, peratusan pesakit pulih kini melonjak kepada 42.11% berbanding 38% semalam.

Post a Comment

0 Comments