SEORANG pemimpin Muda hari ini mengkritik serangan dilakukan pihak tertentu terhadap kritikan keras seorang pakar perubatan, Dr Musa Nordin kepada Kementerian Kesihatan.
Ketua Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pandangan disuarakan Dr Musa perlu dilihat sebagai pandangan seorang pakar perubatan dan tidak ia tidak wajar dimanipulasi pihak tertentu bagi kepentingan politik.
“Soal sama ada kita setuju atau tidak dengan pandangan Dr Musa adalah perkara kedua.
"Jadi bila @drmusanordin (Dr Musa) beza pandangan dengan Dr Noor Hisham, ia patut dilihat dari perspektif seorang pengamal kesihatan utarakan pandangan dengan penjawat awam kesihatan terkanan negara.
"Jadi sedih bila membaca Dr Musa dilabel 'pemuja DAP' bukan oleh tabloid murahan, tapi lidah rasmi sebuah parti Islam," ciap Nik Nazmi.
Sebelum ini difahamkan, portal parti berkenaan menyiarkan laporan membidas Dr Musa, namun semakan dilakukan melalui carian link ke artikel itu mendapati ia telah diturunkan.
![]() |
Ralat pada artikel yang dicari |
Beliau turut mengingatkan bahawa ajaran Islam sendiri mengajar umatnya untuk berbeza pandangan dalam hal tertentu.
"Islam kaya dengan perbezaan pandangan dan adab iktilaf (perbezaan) memang dah digariskan dari dulu.
Rabu lalu, Dr Musa mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan selepas kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti Covid-19 ketika bertugas.
Tegasnya kakitangan perubatan tidak dilengkapi alat perlindungan sewajarnya, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE).
“KP (ketua pengarah) dan pegawai tertingginya di menara gading Putrajaya perlu turun ke hospital Covid/Pusat Kesihatan Daerah/Klinik Kesihatan dan melihat serta merasai kesakitan dan kesengsaraan doktor/jururawat/profesional kesihatan bersekutu yang tiada PPE asas untuk menjaga pesakit kritikal di ICU serta meningkatkan saringan dengan 17,000 ujian sehari,” kata Dr Musa.
Terus terang
Sebelum ini, Dr Musa dipuji warganet susulan tindakannya mengkritik seorang menteri, Zuraida Kamaruddin menyertai proses nyah kuman Covid-19 di sekitar Kuala Lumpur dengan memakai PPE.
Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara itu menyifatkan tindakan Zuraida sebagai "tidak bertanggungjawab dan memalukan" lebih-lebih lagi ia dilakukan ketika bekalan PPE tidak mencukupi untuk kegunaan petugas barisan hadapan.
BACA: Dr Musa anggap perbuatan menteri memalukan
Sebagai rekod Dr Musa yang sering dijemput menjadi panel dalam program televisyen membabitkan hal perubatan dikenali sebagai doktor yang selalu berterus-terang untuk menyampaikan pandangannya.

0 Comments